Sunday, June 26, 2011

Mam Malam

OKeh, tadi kebetulan lepas je abis main game tetris member wa call..

"bro, jumpa kat mampir"

hahaha. apekejadahnya tapir pun nk jumpa. bila sms balik 0h baru tau kedai makan rupanya.
Location dekat Klang jalan nak shapadu nak pegi port kelang utara.
jumpa la member wa kat situ. fuhh happening gak. walau jauh bagak dari bukit bintang kl, tapi sapa sangka kan kawasan kampung pun ada makanan stail mat saleh atau western la. wa kampung tapi selera internasional tau.

Tempat menarik dan bersih, so kalo sape berkenan sila la datang. wa bukan nak promote tp tempat dia memang best kalu nak lepak-lepak. dia buat stail cafe bola sikit. ada banner Chelsea, Man Utd, Liverpool dan Arsgenal. maaf, typo je sejak kebelakangan nih. hahaha

nah!




So, cekidaout ye!

MAMPIR PUNYE FB

bebel

harini hari cuti. cuti hujung minggu. tapi wa seperti biasa malas la nak kecoh-kecoh pusing-pusing bandar ke apa. maklum la. masa berehat kan. hari biasa konpem la wa keje.. bodek PA bos dsbgnya.

apa pun, hari ni wa nak rehat nak kemaskini kepala otak wa. berserabut skit pasal minggu lepas banyak nak kena pikir. maklum la, laki ni 2 je problem dia. money or girl. takdak dua tu konpem sihat walafiat la laki tu.

so bulan ni wa kering. pasal apa? tu, gedabak kat luar tu makan lagi banyak dari aku. kang tak kasi makan, merajuk aku takleh pegi opis lak. hais. sabar2.

terpaksala wa buat catuan makanan. tengok mana makanan free pun wa kebas tanpa segan silu. kadang bila malam, wa senyap2 pegi kat sarang hamster (peliharaan kawan wa) amik beberapa bijik kuaci. cukup secupak, wa rasa da kenyang, wa blah tinggalkan hamster kebingungan.

hari hari camni kalau wa balik kampung sure happening. dengan makan, borak memang layan la. tapi apakan daya. wa bukan boleh balik tiap-tiap hari. mau dekat pun 2,3 ,4,5 bulan kena plan baru boleh balik.

harini wa tak makan tengahari pasal tadi wa belasah biskut mentega kat luar. kenyang la cukup untuk menampung perut. bila pikir balik, hidup wa skang tak ubah lagi macam student dulu. hais. sabar. bila la boleh kawin, bini tolong masak!

eh, tdo plak dia. hehe

Saturday, June 25, 2011

Anonymous

penah dengar nama anonymous? alaa yang nak godam laman web malaysia tu.

ramai yang curiga samada anonymous berjaya atau tak.

sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya kalau kita menyingkap kembali takrif "apa itu anonymous (group)"
"Anonymous (used as a mass noun) is an Internet meme that originated in 2003 on the imageboard 4chan, representing the concept of many online community users simultaneously existing as an anarchic, digitized global brain.[2] It is also generally considered to be a blanket term for members of certain Internet subcultures, a way to refer to the actions of people in an environment where their actual identities are not known"

nah. bulat-bulat plagiat dari wikipedia. tapi tak salah kan? pendeknya anonymous ni sebenarnya dah lama. sebelum mereka menyerang malaysian-cyber space pun, mereka dah godam dulu beberapa syarikat gempak kat US. Sony Entertainment adalah salah satu mangsa dimasa mereka mengakses data pengguna berdaftar sebanyak hampir 5 juta. banyak tu.

Kat malaysia pulak, web utama iaitu malaysia.gov.my dan beberapa web lain pun jadi mangsa DDoS. DDoS ? Distributed Denial of Service. atau kata lain menyebabkan service web tergendala. mungkin spam, makan bandwidth dsgb. paling teruk kena ialah sabahtourism. wa pun tak pasti dah okay ke belum website dorang tu.

Apepun, bahaya tak anonymous nih kepada kita sebagai rakyat kebanyakan ni? jawapannya TIDAK. kerana mereka hanya menyerang organisasi yang dipikirkan perlu untuk "di-ajar". Dunia boleh pegang, web space bagi la org lain yang pegang kan.




gambar anonymous. hensem gak.

tips untuk keselamatan cyber:

1. jaga email anda. jangan dedahkan password dan username.
2. jangan guna password yang sama untuk semua akaun.
3. jangan guna perkataan sebagai password.
4. kalau guna share computer, pastukan anda clear history and cache web browser.

tu je wa nak kongsi.

Villas Boas Buas



SMART MAN CONSIDER SMART TEAM?


agak2 la villas boas ni boleh ke jadi macam mourinho?

INFO

Piala FA 2011





OKeh seperti yg kita sedia maklum pasukan hitam putih dari pantai timur, Terengganu telah menang piala fa 2011 bertemu pasukan merah putih red warrior atau kelantan. wa taknak ulas panjang-panjang pasal benda ni memang dah lama pun. topik lama nak buat apa kan.

tapi sebab kawan wa ramai yang pegi tengok. tak kira la sokong mana. so wa rasa entri ni nampak menarik untuk dilihat. pasal apa dilihat? sebab wa nak post gambar-gambar yang wa rasa menarik.

korang tengok la dan nilai sendiri.

sape kata malaysian football is not happening??









KELANTAN 1 - TERENGGANU 0:

KELANTAN 1 - TERENGGANU 1:

KELANTAN 1 - TERENGGANU 2:


Tahniah pada pasukan Terengganu. Kepada red warrior, jangan bimbang. tahun mendatang korang try lagi.hehehe

MALAYSIA BOLEH.

p/s: kredit pada yang post video kat youtube, thanks for sharing.

tweets


Salam. arini wa bangun sangat awal. pukul 12.30tghari wa bangun. berpinau mata cari laptop wa mana letak.

semalam belum sempat wa letak kepalas atas bantal wa ingat satu perkara. (selain facebook). twitter wa pun ada tp wa buat macam ubi rebus je. peram lama ibarat kalau twitter wa tu macam bilik, mesti dah penuh bersawang. tp wa tak kesah.

hari ni wa update jugakla status twitter. mana la tau kan ada perkembangan menarik cepat je la wa leh tangakap. follow fafau ke best gak kan. layan benda yang kita tatau apa. ape pun nanti wa up wa punya twitter id, bole ramai-ramai add pastu kita pakat kutuk diri sendiri. hahaha


UHHH. AKU RASA JAMBU PLAK LETAK GAMBAR BURUNG TU!!!

wokeh

dah expose kat 2,3 bijik web blogger orang lain. haha. ada la sempat puji-puji skit owner kasi naik link wa kat page dia. nanti gllemer wa blanjer la air kopi scawan okeh?

hari ni malam ni wa tak ada idea seriusli. cuma ada la pagi tadi berita tak hangat kan. bangun pagi cam dah best. breakfast, (weekend je leh buat ni). pastu baca sokkabar. pastu ade la satu artikel pasal video nih. korang mesti tau kan. silap2 tau banyak dari wa.. haha. bukan ape wa tak kesah sgt pasal video tu tulen ke, video tu xde edit ke.. tp orang yang bawak video tu dah bersalah tapi denda cuma cipuut je. kes besar bagak nk mampoih tp takkan kena cipuut je. mcm ni wa pun rasa nk menjatuhkan org (byk kes). haha tp apepun, rosak rasa hari bila pikir mcm2 benda kat luar ni, semak beb.

wa ni bukan jenis kacau tepi kain orang, (selak skit ade la kut) hahaha. wa tak kesah la.. janji wa masih boleh pegi keje, buat duit, makan dan minum. "lantak ko ah" kata mamat yg baca sokkabar tu lepas aku pass kat dia. haha

Salam, selamat malam


ni gambar wa kebas dari google. (sekadar hiasan)

okeh, selamat datang ke blog cakap malam atau cakap-cakap malam. entri pertama takyah panjang-panjang sebab hari pun dah malam. wa rasa sangat mengantuk dan kepala dah terbayang bantal dan selimut tebal. cakap banyak tak guna, wa nak expose dulu blog ni bagi orang ramai tau.

MOTIF?


takdak motif bai. wa bukak blog ni pon sebab kadang bila malam wa rasa nak menaip sebaris dua. kongsi kongsi cerita siang hari dengan semua kan. okeh, bukak tin biskut dulu, wa nk spam blog orang lain.